Thursday, January 1, 2015

WHAT IS SHAKLEE?

Hari ni jom kita lihat serba sikit info mengenai Shaklee..entry ni lebih kepeda Shaklee Malaysia dulu ye..asyik 
dengar nama je kan, jom kenal lebih mendalam..baru la boleh jatuh cinta..hehe..layannn

Shaklee merupakan sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam                                 
menawarkan produk mesra alam dan  kesihatan yang baik. 
Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh  pengasasnya, 
Dr Forrest C Shaklee.

 








Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd merupakan anak syarikat kepada Shaklee Corporation 
yang berada di Amerika Syarikat. Shaklee Malaysia telah memulakan operasinya semenjak 
bulan Ogos 1995 yang berpangkalan di lokasi strategik iaitu di Subang Jaya, Selangor serta 
mempunyai enam (6) buah cawangan yang terletak di negeri-negeri seluruh Malaysia iaitu
di Pulau Pinang, Ipoh, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Bharu dan Kota Kinabalu. Shaklee 
Malaysia menjalankan operasi perniagaannya mengikut garis panduan Akta Jualan Langsung 
1993 dengan Lesen Jualan Langsungnya yang bernombor AJL93747.

Visi yang diilhamkan oleh Dr. Shaklee masih diteruskan melalui matlamat syarikat dengan 
menghasilkan produk berkualiti dan semula jadi yang menyokong kesihatan alam sejagat.
Dengan prinsip asas ini, Dr. Shaklee telah mencipta syarikat yang bertujuan untuk mencipta            
kehidupan yang lebih sihat. Beliau telah menghabiskan masanya dengan mencipta
syarikat berlandaskan naluri yang dicipta untuk mempertingkatkan kehidupan setiap insan yang
ditemui dan dipandu oleh satu prinsip utama “Berikan yang terbaik kepada setiap insan sebagaimana anda ingin diperlakukan oleh mereka”
Dengan matlamat untuk menjadi peneraju dunia dalam produk kesihatan dan
kesejahteraan kehidupan, Shaklee sangat berdedikasi untuk terus menyumbang dalam

produk inovasi, kecemerlangan sains.

VISI SHAKLEE MALAYSIA

"Kami komited dalam membatu rakyat Malaysia mendapat kehidupan yang diimpikan 
dan memenuhi aspirasi mereka melalui kesihatan dan kesejahteraan yang menyeluruh"

MISI SHAKLEE MALAYSIA

"Menjadi peneraju dalam memberikan peluang perniagaan, produk dan perkhidmatan 
yang mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan yang menyeluruh"

Selamat tahun baru 2015


Alhamdulillah, kita dah melangkah ke tahun 2015 !!

Selamat maju jaya ummi doakan kepada semua..;moga kita diberi lebih kebaikan, kekayaan dan keberkatan dunia akhirat..doakan ummi jugak ye :)

Jom lebih bersemangat dalam memberi manfaat untuk orang - orang kita sayangi..

Akhir kata, moga kesibukkan kita di dunia ini, dikira sebagai amalan kebaikan untuk kita di akhirat kelak..

Salam sayang,
Ummi Aini



 
Copyright © Bahagia Membahagiakan Design by Qiela Azman